Hadis Nabi Tentang Bekam Menawar Racun
Bekam Menyembuhkan Rasulullah daripada Racun
Dari sahabat Nabi , Ka'b bin Malik bahawa ada seorang perempuan daripada kaum Yahudi telah menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi Muhammad S.A.W. di Khioibar. Baginda pun bertanya "Apakah ini ?" Wanita Yahudi itu pun menjawab ,"Hadiah" . Wanita itu berhati-hati jangan sampai mengatakan hadiah . Nabi Muhammad dan para sahabat baginda pun makan. Tiba-tiba Nabi Muhammad bersabda , " Hentikan!" Kemudian baginda bertanya kepada wanita itu , " Apakah engkau meracuni kambing ini ?" Wanita itu menjawab , "Ya." Baginda bertanya , " Mengapa ?" Wanita itu pun menjawab , " Jika sekiranya engkau pendusta , orang-orang akan segera biasa aman daripada kedustaanmu , tetapi jika engkau seorang nabi maka ia tidak berbahaya bagimu ."Maka Nabi Muhammad berbekam tiga bekaman di tengkuk serta memerintah para sahabat berbekam .Maka mereka pun berbekam tetapi sebahagian daripada para sahabat meninggal dunia selepas itu .
Ingatan : Perlu diingat berbekam hanyalah suatu usaha ikhtiar makhluk sahaja . Penyembuh hanyalah Allah Taala jua.
Jadi erti hadis di atas menunjukkan bahawa amalan berbekam sudah pun terkenal di zaman Baginda Nabi Muhammad sebagai suatu ikhtiar untuk mengeluarkan bisa , racun dan sihir . Maka sebagai umat Islam , sudah pastilah kita perlu mengikuti contoh teladan yang ditunjukkan oleh baginda nabi Muhammad S.A.W.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
