Saturday, July 11, 2009

Nasihat Penduduk Langit


Hadis Ketiga dalam riwayah Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi telah menjelaskan kepada kita bahawa ketika baginda Rasulullah Isra' mi'raj ke langit sekelompok para malaikat berkata " Wahai Muhammad , perintahkan umatmu agar berbekam."

Banyak sekali contoh praktikal bekam dari tindakan baginda nabi kita Muhammad S.A.W. yang menunjukkan bahawa baginda S.A.W. sangat suka berbekam . Masakan tidak , sedangkan awal-awal lagi Baginda Nabi Muhammad S.A.W. telah menerima pesan langsung pada malam Isro' daripada sekumpulan malaikat, " Wahai Muhammad , berbekamlah!"( Shohihu 'l-Jami')

Telah diriwayatkan secara shohih daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad S.A.W. berbekam dan memberikan upah kepada juru bekam. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas hadis sohih bahawa Baginda Nabi Muhammad S.A.W. berbekam sedangkan saat itu baginda sedang melakukan ihram; Baginda juga berbekam pada ketika berpuasa dan pernah berbekam dalam keadaan Ihrom dan berpuasa.

Saya katakan Subhanallah!!!!!! Kerana sukanya Baginda S.A.W. berbekam sampai-sampai beliau berbekam ketika berpuasa , ihram lagi dan musafir. Para Ulama Islam memutuskan bahawa Baginda S.A.W. ketika ihram dalam keadaan safar ( orang dalam perjalanan jauh ). Sebagaimana diketahui , dalam hal keadaan safar itu keadaannya sangat berat , begitu pula dalam ketika puasa dan lagi ihrom pula , maka sudah tentulah memerlukan daya upaya kendiri yang cukup jitu dan tinggi .Tambahan pula seseorang menjadi sangat sibuk dengan persoalan ibadah ( iaitu haji dan umrah ). Sekalipun , demikian halnya , Baginda Nabi Muhammad s.A.W. tetap mengerjakan perbuatan bekam: Baginda memadukan seluruh amal tersebut dengan bekam ( kini digelar bekam sunnah sempena amalan baginda nabi Muhammad S.A.W.)

Kerana apa semua ini? Tidak lain dan tidak bukan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. memahami dan mengerti akan manfaat (kepentingan) berbekam itu sendiri dan ia tidak diabaikan oleh ramai orang yang mengetahuinya. Maka Sudah Semestinya Kita Kembali Melakukan Amalan Bekam Sunnah Ini.Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan .Amin.

Daripada Ali R.A. , " Bahawasanya Nabi S.A.W. berbekam dan memerintahkan aku memberikan upah kepada juru bekam ." ( Shohihu 'l-Bukhari:5696,Ath-Thibb)